Ada Tujuh Perkara Yang Berlaku Semasa Gegar Vaganza Tak Tunjuk Di TV

Biarpun Gegar Vaganza 2019 musim ke 6 telah pun melabuhkan tirainya pada Ahad lalu, namun kehangatannya masih dirasai apatah lagi turut mencipta pelbagai kenangan dan sejarah tersendiri sepanjang penganjuran rancangan realiti ini.

Tujuh Cerita yang menarik Di Final Gegar Vaganza 2019
Di sebalik kemeriahan tersebut, yang berkesempatan hadir membuat liputan bagi GV2019 yang turut menyimpan pelbagai kisah menarik untuk dikongsi buat tatapan pembaca apatah lagi pada pentas akhir rancangan itu. Berikut kami tampilkan 7 yang menarik sepanjang ‘Final’ GV2019.

1 Sering Mengusik Tok Ram

Di lihat di kaca televisyen, sering kali penonton dapat melihat aksi nakal dua pengacara GV2019, Nabil Ahmad dan Jihan Muse yang mengusik salah seorang juri tetap program itu, Datuk Ramli MS atau juga mesra disapa sebagai Tok Ram.

Namun di sebaliknya, bukan sahaja di kaca televisyen malah ketika memberi laluan kepada iklan di kaca televisyen juga kedua-dua mereka tetap ‘membahan’ Tok Ram. Nakal sungguh!

2 Persembahan Standing Ovation
Tidak pasti sekiranya di kaca televisyen mahupun siaran atas talian dapat merakamkan detik persembahan-persembahan yang mendapat ‘standing ovation’ dari juri tetap dan penonton di Auditorium MBSA Shah Alam.

Untuk yang tidak tahu, persembahan yang mendapat penghormatan tersebut adalah Jatt(Without You), Hady Mirza(Ku Bersuara), Naqiu Boboy (Srikandi Cintaku), Jatt dan Sham VISA (Angguk-Angguk Geleng-Geleng) serta Hady Mirza dan Naqiu Boboy (Haa Tepok).

3 Peminat Ramai Dari Biasa
Memandangkan ini adalah minggu terakhir GV, peminat juga tidak melepaskan peluang untuk datang memberi sokongan buat bintang kesayangan mereka. Buktinya, Auditorium MBSA ‘full house’ sehingga ada yang terpaksa duduk di tangga!
Usai daripada konsert akhir GV2019, sebuah sidang media telah pun diadakan. Berbeza dengan sebelum ini, sidang media tersebut agak sedikit ‘panas’ dengan soalan-soalan daripada media mengenai keputusan pada malam tersebut yang menobatkan dua bintang sebagai juara edisi kali ini.

4 Suasana Sidang Media ‘Panas’

Usai daripada konsert akhir GV2019, sebuah sidang media telah pun diadakan. Berbeza dengan sebelum ini, sidang media tersebut agak sedikit ‘panas’ dengan soalan-soalan daripada media mengenai keputusan pada malam tersebut yang menobatkan dua bintang sebagai juara edisi kali ini.

Bagaimanapun, segala-galanya telah pun terjawab pada sesi soal jawab itu

5 Akui Nama Naqiu Sering Digugurkan Dari Senarai

Dalam kenyataan yang diberikan oleh Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad dia akui ketika pemilihan bintang-bintang GV2019, nama Naqiu sering kali digugurkan daripada senarai. Setelah perbincangan bersama, akhirnya pihak produksi bersetuju untuk menampilkan vokalis Boboy dalam musim kali ini. Ternyata taruhan mereka tidak salah!

6 Peminat Tunggu Sehingga 2 Pagi

Tergamam kami dibuatnya! Manakan tidak, selepas sesi sidang media yang berakhir hampir jam 2 pagi itu, kelihatan ramai peminat masih tunggu di ruangan parkir menantikan bintang-bintang kesayangan mereka.

7) Nabil Beri Petunjuk Jihan Pengacara MeleTOP 2020?

Sebelum mengumumkan senarai pemenang musim ini, Nabil telah berkata dia bakal berkolaborasi bersama Jihan dalam sebuah projek khas pada tahun hadapan. Seakan memberi bayangan bahawa pengacara itu bakal menggantikan Neelofa, rata-rata peminat turut memuji Jihan adalah calon yang sesuai memandangkan gandingannya bersama Nabil dilihat cukup serasi.

Sumber:applehijau

PERHATIAN: Pihak admin mediabintang tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang telah ditinggalkan oleh pembaca kami. Pastikan anda berfikir panjang dan waras terlebih dahulu sebelum menulis/ meninggalkan komen komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian Selamat Membaca!!Dah baca Jangan Lupa Sharekan Yer Sekian Terima Kasih!!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*