Atuk Dan Nenek Buat Sesuatu Yang Mengejutan Orang Ramai Yang Datang Konvo

Teruja ketika Meraikan hari kejayaan Ummie Syuhada Ismail menamatkan pengajian nyata berlainan apabila datuk dan neneknya hadir mengenakan pakaian bermotifkan corak etnik Kenyah pada majlis konvokesyen cucu kesayangan mereka itu.

Dapat dilihat disini,Kepelbagaian kaum dan etnik di Malaysia mempunyai latar belakang sosiobudaya yang berbeza. Selain budaya, bahasa dan pakaian tradisional sesuatu kaum dan etnik mempunyai keunikannya yang tersendiri.

Saya tahu atuk dan nenek akan datang untuk majlis konvo saya ini akan tetapi tidak tahu mereka buat satu kejutan untuk memakai baju tradisi keluarga hingga membuatkan saya terharu.

Mereka sengaja buat kejutan untuk saya kerana saya adalah cucu yang pertama yang konvo, jadi mereka mahu jadikan ia tradisi keluarga diamana setiap kali meraikan kejayaan buat ahli keluarga.

Di hari konvo tersebut, ibu bapa saya sepatutnya memakai baju yang sama macam atuk dan nenek, diorang dah bawa baju siap-siap untuk dipakai tapi tak sempat nak pakai sebab berbaris panjang di toilet,” katanya ketika dihubungi pemberita mStar.

Bagi Ummie, satu kebanggan buat dirinya apabila ramai yang mahu lebih mengenali etnik Kenyah.

Datuk dan nenek Ummie yang berasal dari Bumi Kenyalang itu tampil dengan pakaian kemeja serta blaus yang diperbuat daripada kain batik pua kumbu.

Pakaian tradisi dijahit ibu saudara Ummie itu digayakan pada majlis konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 20 Ogos lalu.

Selain itu, bekas penuntut Institut Pendidikan Guru Kuching, Sarawak ini juga mendapat pujian ramai selepas mengenakan baju kurung yang dihiasi manik bercorak hasil sulaman tangan oleh ibu saudaranya.

Semasa seharian majlis konvo itu berlangsung, semua orang tengok pakaian saya dari atas sampai bawah, rasa segan pulak saya. Masa nak naik pentas ada beberapa pegawai yang cuba tahan saya semata-mata kerana berminat dengan baju itu.

Majlis konvokesyen yang diraikan Ummie (tengah) bersama keluarganya.

Malah, setiap kali melangkah ke mana-mana sahaja pasti ada yang memuji pakaian yang diperagakan gadis ini.

Paling terkejut bila ada yang request nak bergambar dengan saya sebab baju saya unik,”ujarnya sambil menambah dia berbangga dengan hasil jahitan ibu saudaranya itu.

Ummie yang juga graduan Ijazah Sarjana Muda Pengkhususan Matematik ini telah berkongsi perasaan teruja apabila diberi peluang menyarungkan pakaian yang melambangkan tradisi etnik keluarganya pada hari bersejarah itu.

Baginya, ia adalah satu kebanggan buat dirinya apabila ramai yang mahu lebih mengenali etnik Kenyah.

Sebenarnya ramai yang masih tidak tahu tentang etnik Kenyah memandangkan ia adalah kumpulan minoriti di Malaysia. Dalam keluarga orang Ulu ini, ada banyak etnik antaranya Kenyah, Kayan dan Penan,ujarnya

Komen komen dari netizen rata rata teruja dapat melihat pakaian yang luar biasa dari keluarga Ummie.

Ramai netizen berbangga dengan kepelbagaian etnik di Malaysia dan mengucapkan tahniah kepada Ummie.

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom Like Page Kami Juga Di Facebook KakiHavoc untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

Sumber:malaysiaunited

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*