Budak Ini Kemain Bangga Lagi Dgn Adanya Jambatan Baru Di Terengganu Tapii Perangainya Buang Sampah Ke Dalam Laut

Virall di Twitter video seorang pemuda kagum dan memuji kecantikan jambatan baru di Terengganu yang hampir siap sepenuhnya.

Bagaimanapun, tindakan rakannya membuang sampah ke dalam laut tanpa rasa bersalah mengundang kecaman netizen.

“Kemain bangga lagi dengan pembinaan jambatan baru di Terengganu yang hampir siap sepenuhnya.

“Tapi sekali buang sampah ke dalam laut. Jom kita ubah wahai rakyat Terengganu,” kata @abe_lani.

Sikap gemar membuang merata-rata sepatutnya sudah tiada pada diri bila menginjak usia dewasa. Tetapi mungkin sudah menjadi kebiasaan diri, lalu tidak mengutamakan kebersihan di tempat-tempat awam.

Netizen juga kesal dengan tindakan pemuda terbabit yang jelas sekali memalukan imej Terengganu.

Warganet beri komen terhadap video yg dirakamkan itu

@Rnamira__
Eh? Kalau siapa² video call aku angkat je tunjuk muka. Nak tengok sangat kan hahahahahahahsh

@emirhefri1
Pembangunan yang pesat tanpa mentaliti rakyat yang kehadapan itu tiada guna

@manglaksa
Saya sebagai rakyat negeri Terengganu menegaskan bahawa dia bukan berasal daripada negeri Terengganu, kerana dia memakai subang dan membuang sampah merata. Dia berasal dari alam lain, seperti alam sampah mungkin. Noktah.

@HaqeemZulkarna1
Ad sokmo yg bodo… muke mcm mat gian pastu cakap bahang rambang aduhh doh la viral doh…buat malu ke negeri terengganu…

Lihat Rakaan Dibwah Ini

Sumber: thereporter. Artikal Seterusnya mengenai Jambatan Angkat Ini

Meskipun belum siap sepenuhnya namun ‘Jambatan Angkat’ ini sudah menjadi tumpuan penggemar gambar panorama yang cantik.

Jambatan ikonik Terengganu ini juga semakin mendapat perhatian ekoran reka bentuknya yang cantik dan unik.

Terletak di Kuala Terengganu, Jambatan angkat ini menghubungkan Muara Selatan Pusat Bandaraya dan Muara Utara Seberang Takir (Kuala Terengganu – Kuala Nerus) sejauh 638 meter.

Kenapa dipanggil Jambatan angkat? Ia kerana jambatan ini boleh diangkat di pertengahannya untuk memudahkan laluan kapal-kapal besar.

Ia mengambil masa 20 minit untuk naik (dibuka untuk laluan kapal) dan kurang 20 minit untuk turun (dibuka kepada kereta dan motosikal).

Jambatan angkat ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu sebelah utara yang menempatkan restoran di tingkat 14 manakala tingkat 13 pula menempatkan ruang solat dan bilik air.

Di bahagian selatan pula ada galeri untuk orang ramai melihat keindahan bandar Kuala Terengganu terutamanya pada waktu malam.

Apa yang menariknya di jambatan ini, ada beberapa kawasan sekitarnya yang cukup indah untuk anda ambil gambar.

Antaranya di Taman selera Tanjung, Shah Bandar, Kuala Terengganu.

Kalau anda berkesempatan datang ke sini, jangan lupa menikmati hidangan popular kerang bakar sambil berlatarbelakangkan panorama indah ini.

Jambatan yang dijangka telah siap ini akan dibuka kepada orang awam pada April 2019.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @KakiHavoc untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

Sumber: freemalaysiatoday