Dulunya Hanya Lah Tapak Kilang Ayam Kini Mampu Membina Banglo Mewah Dgn Hasil Titikk Pelvh Berniagaa

Sesebuah kejayaan semesti nya bermula daripada angan- angan. Apabila seseorang itu tekad untuk menjadikan angan-angannya sebuah realiti, tidak ada perkara yang mustahil.

Itulah yang dikongsikan oleh seorang wanita yang berjaya sebagai usahawan perniagaan ayam sehingga dapat mendirikan sebuah banglo mewah di Kelantan.

Dikecam ramai kerana kahwin muda


Amyza Ismail, 30, menceritakan kisah pahit manisnya selama 11 tahun menjalankan perniagaan bersama suami nya. Mereka telah berkahwin pada tahun 2008 ketika Amyza berusia 19 tahun manakala suami nya berusia 22 tahun.

Ramai yang memandang rendah terhadap mereka ekoran tidak memegang sebarang sijil akademik malah berkahwin pada usia muda. Namun, itu tidak menghalang Amyza dan suami nya daripada terus berusaha untuk sama-sama mencapai matlamat dan impian mereka.

“Kami buat kedai dengan kayu hutan depan rumah. Pagi berniaga ayam, malam berniaga sate. Memang letih, tapi kami tetap bahagia. Jatuh bangun kami tetap bersama.”

Kedai dan rumah dirampas oleh saudara sendiri

Namun, keadaan berubah keruh apabila Amyza dihalau daripada rumah peninggalan 4rwah bapa nya kerana tidak mempunyai bukti dokumentasi geran tanah.

“Bermula hari itu, kami mula menabung. Kami buat empat kerja. Hasilnya, kami mampu bayar lunas untuk dapatkan semula tanah 4rwah ayah.”

11 tahun berniaga, rumah idaman akhirnya menjadi realiti

Selama 11 tahun Amyza dan suaminya bertungkus- lumus memajukan perniagaan mereka demi keluarga dan anak- anak.

Hasil nya, Amyza mampu untuk membina mahligai impian nya di samping mengumpul lebih banyak aset sebagai pelaburan untuk masa depan.

Syarikat makin membesar, keluarga bertambah bahagia

Amyza turut berpesan supaya tidak mudah patah semangat dan kerap berdoa agar perkara yang diimpikan bakal menjadi kenyataan.

“Tujuan muat naik ini bukanlah untuk riak atau bangga diri. Kami ingin anak-anak muda supaya berusaha, jangan malu dan tidak malas berniaga.”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom Like Page Kami Juga Di Facebook KakiHavoc untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

Sumber: MyKelantanese, Nur Amyza Ismail via omm/ kakicopy