Ini Kehidupan Saya Pengakuan Fathia Latiff Isuu Tudungg

SAYA rasa lebih lega sekarang. Saya enggan menipu diri sendiri lagi dan kembali menjadi diri sendiri.

Lagipun, untuk kekal bertudung bukan satu perkara mudah,” kata pelakon Fathia Latiff mengenai keputusannya tidak lagi bertudung sejak beberapa hari lalu.

Fathia ketika dihubungi berkata, dia bertudung sebelum ini bukan atas kerelaan hati sebaliknya mahu membuktikan sesuatu kepada seseorang.

Saya pakai tudung selama ini sebab orang lain. Disebabkan tidak dapat menerima kenyataan saya memilih untuk tampil ber h1jab.
“Bagaimanapun saya sedar yang saya tidak boleh menipu atau mengongkong diri saya.

Jadi saya ambil keputusan untuk kembali kepada diri yang asal. Saya sudah tidak boleh bertahan lagi,” katanya.

Menurut Fathia, sudah sampai masanya dia memikirkan diri sendiri.

Ini kehidupan saya. Jadi, saya berhak atur hidup tanpa perlu orang lain menghukum.

Sebenarnya mereka yang suka menghakimi orang lain ini tiada kehidupan. Orang kata saya mengalami tekanan sampai buka tudung adalah silap sebaliknya mereka dengki dengan kehidupan saya.

Adakah dengan menghukum saya mereka sudah dapat tiket masuk syurga? Bagi saya semua orang sama. Setiap orang melakukan kesilapan.

Siapa anda untuk hina dengan pilihan yang saya buat. Saya perlu masa untuk kenal diri yang sebenar.

Saya tahu keputusan ini salah tapi ada cara untuk tegur,” katanya. Sumber:hmetro

Terdahulu Artikel Fathia Latiff tidak bertudung pernah disiarkan.

Kongsi Foto Tidak Ber h1jab, Fathia Latiff Dah Buka Tudung?

Nampaknya, pelakon Fathia Latiff sekali lagi mengejutkan ramai dan menimbulkan persoalan netizen apabila memuat naik sekeping gambarnya tidak ber h1jab dan berambut pendek.

Apa yang pasti ramai yang tidak senang dengan tindakan pelakon itu yang ber h1jab. Diruangan komen, rata-rata netizen terkejut dan tertanya mengapa pelakon itu memuat naik gambar berkenaan.

Bagaimanapun, kurang sejam foto itu dimuat naik, komen pada entri tersebut dipadamkan. Malah, semua gambar Fathia telah dipadamkan daripada akaun tersebut.

Ada segelintir netizen mengatakan mungkin akaun Instagram pelakon itu digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab. Namun, ramai peminatnya memberikan sokongan kepada pelakon itu agar terus istiqomah untuk ber h1jab.

K0ntr oversi tersebut sekaligus menimbulkan spekulasi di kalangan netizen yang beranggapan pelakon itu bakal mengikut jejak langkah Emma Maembong yang sebelum ini mengambil keputusan untuk tidak lagi ber h1jab.

Januari lalu, tersebar di media sosial sebuah video menunjukkan seorang wanita berambut pendek dikatakan mirip pelakon Fathia Latiff.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @KakiHavoc untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

Sumber rotikaya