Kalau Takde Bajet Tak Payah Telefon Aku -Didie Alias

Tolonglah berubah. Ini sudah pun tahun 2020 dan bukannya 1990-an. Jangan layan kami seperti ini. Kami pekerja profesional,”

Demikian luahan pelakon Didie Alias yang kecewa dengan satu syarikat produksi selepas namanya digugurkan pada saat akhir untuk sebuah projek drama.

Didie berkata, adalah tidak masuk akal jika alasan diberikan membabitkan pihak stesen televisyen. Malah, Didie mempertahankan dirinya jika soal bayaran dikenakan menjadi sebab namanya ditolak.

” Jangan ingat saya baru setahun jagung dalam industri hiburan, jangan nak permainkan saya. Saya bersuara bukan untuk diri sendiri tapi anak seni lain yang sering menjadi mangsa sikap segelintir orang dalam syarikat produksi,”

” Ketika memberi tawaran bukan main lagi nak jawapan cepat dan minta saya segera tetapkan tarikh. Mereka juga berjanji nak berikan jawapan segera.”

” Namun, apabila ditanya jawapan diberikan sangat mengecewakan. Boleh pula beri alasan masalah berpunca dari stesen televisyen.”

” Bayangkan kalau saya tak bertanya, memang sampai bila-bila tidak tahu nama digugurkan. Apa sudah jadi dengan tawaran kerja lain yang ditolak semata-mata nak terima tawaran mereka? Adakah ini adil untuk kami sebagai pelakon lama?” jelasnya.

Didie berkata, sudah sampai masanya pihak syarikat produksi mengubah sikap untuk tidak menganiaya pelakon dengan sesuka hati.

” Apabila saya berkongsi perkara ini di Instagram, ramai rakan artis meluahkan perkara sama. Rupa-rupanya mereka juga pernah jadi mangsa, malah ada lebih teruk lagi. Terbukti, perkara ini memang berlaku dalam industri hiburan kita.”

” Jika dari awal tidak mahukan saya, jangan tawarkan kerja. Kalau berasakan harga saya mahal, dari awal patut cari orang lain dengan bajet yang mereka ada. Jangan pada akhirnya nanti cakap syarikat produksi tak ada bajet. Itu semua alasan.”

Terdahulu, Didie memuat naik video luahan hati di Instagram mengenai sikap syarikat produksi yang didakwa menolak namanya atas alasan kekangan bajet.

” Kepada producer yang nak offer aku berlakon pastikan korang ada bajet. Kalau takde bajet tak payah telefon aku. Kau hold aku beberapa hari untuk aku tunggu korang bercakap, last-last esok kau nak shooting kau boleh buang aku, alasan bajet takde.”

” Aku tanya mahal sangat ke aku mintak korang bayar aku. Pastu hujung-hujung bajet takde, kau cite apa ni? Apa masalah korang, last-last salahkan stesen TV” , luah Didie lagi

Menerusi status sama, Didie turut memuat naik paparan skrin perbualan WhatsApp dengan individu yang didakwa sebagai orang yang bertanggungjawab menawarkan kerja padanya.

Status yang dikongsi sejak semalam itu mendapat reaksi daripada pelakon Nabila Huda, Amyza Aznan, Yana Samsudin, Enot, Zulin Aziz, Nad Zainal dan ramai lagi.

” Astagfirullahalazim yang call masa kita tengah shoot FilemKakYong ke tu? Beria masa tu, jangan aniaya orang, orang dah block date. Semoga Mak Yong dilimpahkan rezeki, dilancarkan urusan, amin.” tulis Yana.

Dah baca Jangan Lupa Sharekan Yer Sekian Terima Kasih!!

Sumber:sinarviral

PERHATIAN: Pihak admin mediabintang tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang telah ditinggalkan oleh pembaca kami. Pastikan anda berfikir panjang dan waras terlebih dahulu sebelum menulis/ meninggalkan komen komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian Selamat Membaca!!Dah baca Jangan Lupa Sharekan Yer Sekian Terima Kasih!!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*