Mark Adam Sempat Buat Kejutan Pada Ibunya Yang Berada Di Filipina

Tiada ibu bapa didunia ini yang mahukan melihat anak-anak mereka dalam kesusahan. Mereka menginginkan anak-anak mereka berjaya mencapai kejayaan dan memperoleh kerjaya yang baik dan hidup senang di kemudian hari. Ini dapat membuktikan bahawa ibu bapa lebih mementingkan kebahagiaan anak-anak dalam setiap perkara. Mereka tidak mengharapkan harta yang melimpah-ruah untuk membalas jasa mereka.

Baru ini Hajat penyanyi Mark Adam untuk memberikan keselesaan kepada keluarga pada 23 tahun lalu akhirnya tercapai apabila dia membuat kejutan menghadiahkan sebuah rumah banglo kepada ibunya di Cebu, Filipina.

“Mak nanti bila saya dah besar saya akan belikan mak rumah – (1996).

Menerusi rakaman vdeo yang telah dimuat naik oleh penyanyi lagu Marry Me itu, Mark dan isteri, Nor Azah Redzuan, 40, membuat kejutan terhadap ibunya, Florenda Macaraig Echivarre, 61, dengan menutup mata dan membawa wanita itu masuk ke kediaman baharu itu.

Hasrat Mark Adam 23 tahun lalu tercapai hadiahkan ibu banglo di Filipina

Hasrat Mark Adam 23 tahun lalu tercapai, hadiahkan ibu banglo di Filipina

Posted by Rock N Roll Pizza on Monday, 2 September 2019

“Dan mak masih tak percaya ini rumah baru dia. Syukur Alhamdulillah ya Allah,” tulisnya.”Terima kasih banyak-banyak kerana menjadikan ia kenyataan @ezzpowers. Kami tak pakai helmet sebab rumah baru sangat dekat dengan rumah sewa lama di kampung.

Kata Mark,hadiah istimewa ini adalah sebagai membalas semula jasa dan pengorbanan ibunya yang duduk menyewa sebelum ini.

Perkongsian menyentuh hati itu dimuat naik Mark di laman Instagram miliknya pada Ahad.

Beberapa hari lalu, Mark membuat kejutan istimewa apabila menerbangkan televisyen bersaiz 65 inci ke kampung halamannya sebagai hadiah.

“Perjalanan sebuah TV. Pembawa, Ezzpowers, pengarah, saya. Terima kasih Air Asia. Syukur Alhamdulillah,” ujarnya.

Sebelum ini, Mark pernah memberitahu mengenai projek hadiah kejutan buat ibunya namun tidak mendedahkan secara terperinci jenis hadiah yang ingin diberikan itu.

Dia pernah berkongsi mengenai kehidupannya daif ditambah dengan adik-beradik yang ramai dalam keadaan rumahnya yang sempit.

Dalam pada itu, rata-rata peminat termasuk rakan selebriti turut meluahkan rasa terharu dengan ucapan tahniah kepadanya.

Walaupun kita sibuk dengan kerjaya atau pelajaran, kita juga perlu sentiasa meluangkan masa untuk menemani ibu bapa kita misalnya pada hari minggu atau cuti umum. Setidak-tidaknya kita harus sentiasa menanyakan khabar mereka dengan menelefon atau mesej. Perkara-perkara kecil sebegini akan menggembirakan hati mereka.

Jangan lupa kasih sayang dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh kedua ibu bapa kita dan kita. Selagi mereka ada, kita perlulah menghargai jasa mereka.

Apa Pendapat Anda Dah Baca Ker, Jangan Lupa tinggalkan Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak Banyak

Sumber:monyethijau

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*