Pakcik Guard Mahu saman Malu Lan Pet Pet Sebanyak RM3 juta

Berhubung insiden video viral pelawak Lan Pet Pet didakwa memukul seorang pegawal keselamatan warga tua di perumahan di Nilai, Negeri Sembilan, tempoh hari. Susulan itu, pelawak berkenaan telah direman selama sehari dan mengaku bersalah sekali gus didenda sebanyak RM2,000 oleh Mahkhamah Majistret Seremban tadi.

Bagaimanapun, mangsa Yahya Manap mengakui terkejut dengan jumlah denda yang dikenakan dan tidak setimpal dengan kecederaan yang dialaminya itu.
Maruah pakcik yang tercemar

Menurut laporan Utusan Online, mangsa agak terkejut apabila mendapat tahu jumlah denda yang dikenakan terhadap Lan Pet Pet memandangkan kecederaan yang dialaminya itu agak teruk.

Denda cuma RM2,000. Pakcik yang kena bedal pukul ini apa cerita. Pinggang masih sakit sampai sekarang akibat ditendang. Maruah pakcik yang tercemar apabila dia cakap persatuan penduduk ambil pengawal bodoh bagaimana pula?

Pakcik kena bedal sampai diberi MC

Pakcik kena bedal sampai diberi cuti sakit (MC) selama tiga hari kemudian terpaksa sambung cuti lima hari lagi.

Bagaimanapun, Yahya Manap kini dalam proses untuk melantik peguam bagi mengemukakan saman malu ke atas Lan Pet Pet dan dia berhasrat mahu menyaman pelawak itu sebanyak RM3 juta.

Mangsa akan menyerahkan urusan saman itu kepada peguam yang telah dipilih oleh menantu.

Sumber:Utusan Online/ohbulan

artikel berkaitan

Gara-gara kecoh dengan kes membabitkan seorang pelawak terkenal yang dikatakan menumbuk dan menendang pengawal keselamatan di Taman Acacia, Nilai, Negeri Sembilan, minggu lalu, nama Che Ta turut terkena tempiasnya.

Paling tidak disangka, nama Aaisyah Dhia Rana turut diheret sama dalam isu panas ini.

Che Ta tidak sangka nama Aishah turut terpalit sama dalam isu panas membabitkan adik iparnya.

Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Che Wan yang ditemui sewaktu majlis kempen Habib’s Diamond Festival di butik Habib Jewels, Ampang, memberitahu ada berlaku salah faham tentang isu tersebut.

“Orang bukan setakat kaitkan nama saya, tapi nama Aaisyah pun turut terpalit sama. Pada saya, mungkin apa yang berlaku di situ ada salah faham.

“Saya tak rasa satu pihak je salah tetapi ada pihak lain yang memprovokasi lebih-lebih, jadi membuatkan pihak lain sakit hati.

“Zaman sekarang ini, hanya disebabkan ada video yang menjadi viral, itulah yang berlaku sekarang ini,” ujar Che Ta kepada MHE TV.

Sering kali memperlihatkan hubungan yang rapat di kalangan adik-beradik melalui gambar-gambar yang dimuatnaik dalam media sosial, Che Ta turut menjelaskan bagaimana personaliti suami kepada adiknya itu.

“Mengenali abang Lan, kami dalam keluarga tahu bagaimana dia seorang yang mengambil berat dengan semua orang. Malah kalau isteri dia dalam keadaan sedih, hari-hari dia akan bawa keluar dan jalan-jalan bagi nak ceriakan balik.

“Orang luar tengok dia jenis pak lawak dan buat kelakar kan, tapi dia ni jenis yang sangat bertanggungjawab dan mengambil berat dengan semua orang. Saya ada tanya juga dengan Ruby, bagaimana dengan dia.

“Ruby jawab dia okay dan dia pun tiada mengeluarkan apa-apa kenyataan. Kecuali yang dia muat naik dalam Instagram tu je la,” jelas Che Ta. – MHE TV

“Setiap Kecaman & Celaan Saya Maaafkan” – Isteri Lan Pet Pet

Nampaknya kes seorang pelawak terkenal menumbuk seorang pengawal keselamatan sehingga cedera teruk masih lagi menjadi bualan ramai. Rata-rata netizen mengecam tindakan pelawak tersebut kerana sanggup melakukan perkara sedemikian terhadap seorang lelaki warga emas.

Susulan isu tersebut, isteri kepada Lan Pet Pet iaitu Ruby Che Wan turut menjadi mangsa serangan netizen apabila akaun Instagramnya dihujani dengan komen yang meminta wanita itu menasihati suaminya supaya berubah dan belajar menghormati mereka yang lebih tua.

Dalam pada itu, Ruby turut memuat naik kapsyen gambar menerusi akaun Instagram miliknya memberitahu dia memaafkan netizen yang melemparkan kecaman kepada mereka. Katanya lagi, setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Setiap kecaman dan celaan, saya maafkan. Pandangan mata zahir manusia mungkin nampak buruk. Pandangan dengan hikmah akan berikan kita rasa tenang dan terima setiap apa yang Allah takdirkan itu dengan reda.

“Kerana setiap kejadian buruk ada kebaikan di sebaliknya. Insya-Allah, saya maafkan ‘in advance’, kerana kita semua manusia tidak sempurna,” tulisnya.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang pelawak terkenal bertengkar dengan seorang pengawal keselamatan sebelum bertindak memukul, menendang serta membaling batu.

Dan dalam pada itu,

Dan dalam pada itu, GARA-GARA TIADA SAMBUTAN – UMRAH BERSAMA LAN PET PET DITUNDA

Isu pelawak terkenal bertindak membelasah seorang pengawal keselamatan warga emas dengan menumbuk tiga kali dibahagian muka dan ditendang dibahagian pinggang sebelum ini kecoh di media sosial sejak minggu lalu.

Pelbagai spekulasi mula timbul mengaitkan nama Lan Pet Pen dalam insiden tersebut. Susulan itu, netizen mula mengecam beliau dan pada masa yang sama turut menggesa syarikat agensi pelancongan yang menawarkan pakej umrah bersama Lan untuk membatalkan kolaborasi mereka dengan artis tersebut.

Terbaru, pengarah agensi pelancongan Ambar Travel & Tours, Nor Aishah Idris berkata pihak mereka terpaksa menunda pakej umrah itu kerana tidak mendapat sambutan.

“Pakej umrah itu sebenarnya bergantung pada jumlah peserta yang berminat. Mengikut syarat perjanjian, Lan perlu mencari peserta sendiri. Tapi bila sampai masa, pihak kami dan Lan sendiri gagal mengumpul peserta menyebabkan pakej umrah yang dipromosikan di Instagram itu terpaksa ditunda ke tarikh lain.

“Untuk pengetahuan semua, Lan Pet Pet bukanlah duta yang dilantik untuk syarikat kami. Mengikut perjanjian dan beberapa syarat yang ditetapkan, sekiranya Lan berjaya melaksanakan trip tersebut, baru dia dilantik menjadi duta.

Tambah Aishah, pihaknya belum menerima sebarang maklum balas daripada Lan mengenai kes melibatkan pelawak yang viral itu, namun mereka berlapang dada dan tiada niat untuk membesarkan isu tersebut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Beautifulnara & Instagram Lan Pet Pet

Sumber: Mhetv via: rotikaya dan myartis via menujukebenaran

Kredit:OtakBulu /kucinghitamm