Stok1s Bengkung Memfailkan Sam4n RM200K Terhadap Nur Sajat

Umum sedia maklum mengenai pelbagai perniagaan telah diusahakan oleh usahawan selebriti terkenal,Nur Sajat. Antaranya adalah bengkung ,girdle serta yang terkini perniagaan berasaskan emas dan juga salon.

Fail Saman Berjumlah Hampir RM200,000

Terbaharu, salah satu stokis perniagaannya yang dikenali sebagai OWA Resources telah memfailkan satu saman sivil bernilai hampir RM 200, 000 terhadap Nur Sajat Aesthetic Sdn. Bhd. yang dimiliki oleh Sajat atau nama penuhnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman kerana gagal membekalkan produk bengkung dan “girdle” yang telah ditempah dan dibayar oleh stokis itu.

Bakal Dibicarakan Hujung Bulan Ini 

Menurut Owa Resources ketika dihubungi Hangat.com berkata bayaran tempahan barangan tersebut telah dibuat sejak Februari 2018 namun pihak mereka tidak menerima bekalan tersebut.

Pembantu Peribadi Nur Sajat Tampar Pekerja Farmasi di KLCC?

Tambahnya lagi, rundingan di luar mahkamah telah dibuat namun gagal mencapai kata sepakat sehingga pihak plaintif (Owa ) terpaksa membuat tindakan undang-undang yang akan diwakili oleh peguam mereka, Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli. Kes ini akan dibicarakan di Mahkamah sesi Shah Alam pada 24, 25 dan 26 April ini.

V1de0 Pembantu Peribadi Nur Sajat Tampar Pekerja Farmasi di KLCC?

3 bulan lepas Sebuah video yang menunjukkan seorang seorang wanita melempang pekerja di sebuah farmasi di khalayak ramai tular di media sosial dan mendapat kecaman hebat dari netizen.

Melalui perkongsian di akaun Facebook dengan nama Star Share , wanita itu diketahui merupakan pembantu peribadi usahawan kosmetik Nur Sajat.

Menerusi rakaman video berdurasi 1 minit 3  saat yang tular dalam media sosial itu, dilihat mangsa telah ditarik keluar dari tempatnya bekerja di KLCC dan ditampar sebanyak 3 kali sebelum berlakunya pertengkaran antara mereka berdua.

kredit : hangat.com

Mangsa juga sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu. Difahamkan mangsa mengalami kecederaan di jari dan muka akibat dipukul oleh 3 orang bersama suspek, malah telefon bimbitnya hilang sewaktu kejadian berlaku.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @KakiHavoc untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

Sumber : Hangat /mamakusyg