Tahun lepas Audi TT Tahun Nie Achey Buat Kejutann Hadiahkan Isteri Tersayang Sebidang Tanah

Walaupun masih belum dikurniakan cahaya mata, namun pelawak terkenal Achey dan isterinya, Anne dilihat semakin bahagia dengan kehadiran anak angkatnya, Zinirah.
Jika sebelum ini, tahun 2018,pelawak dan penyanyi Achey menghadiahkan sebuah kereta mewah jenis Audi TT buat isterinya sempena ulangtahun kelahiran semalam.

Menurut semakan semasa, model kereta mewah itu dianggarkan bernilai RM285,000! Wow!

Isteri beliau juga sanggup bersusah payah bersama beliau.

Namun tahun ini sekali lagi Achey buat kejutan. Perkongsian Achey di Instagramnya membuahkan rasa bangga dalam kalangan peminat yang selama ini melihat kesungguhan Achey mencari rezeki untuk keluarganya.

Video penuh

Baru-baru ini, Achey telah meraikan majlis hari lahir isterinya. Majlis tersebut telah diraikan dengan sederhana namun tetap meriah dengan kehadiran rakan-rakannya.

Namun di sebalik sambutan itu, Achey telah menyediakan hadiah istimewa untuk isterinya.

Sebentar tadi, Achey telah memuat naik video memberikan kejutan hadiah kepada isterinya. Achey telah menghadiahkan tanah buat Anne.

Antara foto rakaman saat Achey buat kejutan:

Sumber : ChamAis

Terdahulu, Achey Hadiahkan Isteri Kereta Mewah!

Wah! Kereta mewah itu, Audi TT 2D  bernilai lebih kurang RM285,000 lagi.

Itulah harga kasih sayang seorang suami terhadap isteri tercinta yang selama ini menjalani kehidupan susah dan senang bersama selama 8 tahun tanpa anak.

Pemberian kereta mewah berkenaan merupakan hadiah hari jadi daripada Mohd. Nasir Hamzah atau lebih mesra disapa Achey Bocey, 32,  kepada isteri tercinta, Nor Hasanah Yahya aka Anne Bocey, 28. kelmarin.

Sudah tentu ini juga petanda kehidupan pasangan suami isteri ini semakin melimpah ruah rezekinya sejak Achey  menjuarai program musim pertama. ‘Bintang Mencari Bintang’ anjuran TV3 pada tahun 2013 lalu.

Benar kata orang, kejayaan seseorang suami didukung oleh isteri di belakang ya tak?

Bertemakan sukan dan santai, majlis meraikan hari jadi Anne berlangsung di sebuah bengkel kereta milik kawan Achey di Shah Alam dengan kehadiran beberapa kenalan  rapat antaranya Johan, Ozylnn, Sharif Zero dan Fad.

Kredit: Instagram Anne Bocey

Kehadiran Anne dengan mata tertutup disambut Achey dengan iringan ‘drone’ ke bengkel sebelum dikejutkan dengan hadiah kereta mewah. Ala! Sweet  sungguh kan?

“Patutlah Achey buat kerja senyap-senyap dalam masa sebulan ini,” itu secebis luahan Anne melalui ucapan terima kasihnya kepada suami tersayang. Baca selebihnya di bawah ini…

Sebelum ini, lagu ‘Yang Terindah’  yang memperlihatkan kebolehan Achey sebagai penyanyi waima meraih 21 juta tontonan di laman YouTube dicipta khas untuk Anne.

Terbaharu, single kedua Achey berjudul ‘Makcik Bawang’ yang telah dimuat naik di saluran YouTube Seventeen Eleven Music pada 16 April lalu telah mendapat sambutan hangat dengan 642,571 tontonan.

Syabas Achey dan Selamat Hari Jadi Anne!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @KakiHavoc untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

Sumber : xtra