Terkinii The Rock Tamatkan Status Dudanya

Tak asing lagi untuk masyrakat dunia, pelakon dan bekas ahli tinju, Dwayne Johnson telah menamatkan status dudanya apabila mengahwini teman wanitanya, Lauren Hashian pada Ahad lalu.

Memetik laporan dari huffpost.com Dwayne yang sinonim dengan gelaran The Rock itu telah melangsungkan perkahwinannya di Hawaii.

Difahamkan, pasangan ini telah lama menjalinkan hubungan cinta sebelum ini.

“Dipercayai, Dwayne dan bekas isterinya sebelum ini, Dany Garcia masih berkawan baik sehingga kini,” kata sumber.

“Dwayne dan Lauren telah bertemu jodoh pada tahun 2006 ketika penggambaran sebuah filem.

“Dwayne ada berkongsi beberapa foto menarik di media sosial sekitar majlis perkahwinannya itu di akaun Instagram miliknya.

therock: We do. August 18th, 2019.
Hawaii. Pōmaikaʻi(blessed)@laurenhashianofficial❤️@hhgarcia41📸

Antara Komen Yang Diterima:

nickjonas: Congrats brother

terrycrews: CONGRATULATIONS🔥🔥🔥✊🏾💥💥💥💥💥💥💥🔥🔥🔥🔥🔥🔥

alexandradaddario:Congrats!!!

ronniecoleman8:Congrats Brother 🙏🏿💪🏿

Sebelum ini, Dwayne telah berkahwin dengan Dany pada sekitar tahun 1997, namun ditakdirkan rumah tangga mereka telah menemui titik noktah pada tahun 2008. Sumber: dedah

Seblum ini Dwayne Johnson atau lebih dikenali The Rock pernah juga berkongsi kisah silam ibunya.

Siapa sangka seorang yang begitu berjaya mempunyai satu kisah silam yang amat pahit. Beruntunglah beliau kerana mempunyai ibu yang tidak pernah rasa jemu dan sentiasa berusaha untuk membesarkannya menjadi anak yang baik. Pasti ibunya berbangga kerana segala kesusahan ketika muda terbalas dengan kejayaan anaknya.

Terjemahan:

Kisah hari ibu yang cool.

Kami berada dalam penerbangan awal pagi dan saya duduk berhadapan ibu saya, apabila tiba-tiba beliau melihat sekeliling kapal terbang dan berkata, “Anakku, mak tak sangka dengan kehidupan yang kita ada sekarang. Atuk dan nenek pasti berbangga.”

Saya pun bertanya, “Adakah mak gembira?”

Kebetulan pembantu penerbangan datang menghidangkan sarapan lalu ibu berkata, “Adakah mak gembira?”, katanya. Sambungnya lagi, “Mak pernah risau tentang bagaimana hendak membeli barangan dapur, dan kini, sarapan dihidangkan di hadapan mak.”

Beliau menangis dan berkata, ” Ya anakku, mak sangat gembira.”

Ketika saya berumur 14 tahun, inilah wanita yang bersama-sama saya dihalau dari pangsapuri kami kerana tidak mampu membayar sewa sebanyak $180 seminggu.

Pada ketika ini, saya hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum diam, (sambil ibu menghembuskan hidungnya) kerana beliau kata beliau gembira. Dan semua tahu, apabila ibu bapa kita gembira, ia sangat memuaskan hati kerana kita telah melakukan tugas kita sebagai anak dengan baik.

Selamat Hari Ibu kepada semua ibu yang layak di luar sana. Dan Selamat Hari Ibu kepada mak (yang akan mencekik saya kerana meletakkan gambar menangis ini di Facebook).

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom Like Page Kami Juga Di Facebook KakiHavoc untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

Sumber:thevocket

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*