Vdieo Diganggu Semasa Bercuti

Satu KELIBAT lembaga hitam yang berbadan besar mengilai dari dapur pangsapuri di Port Dickson, Negeri Sembilan menghantui percutian 22 orang daripada sebuah keluarga sebelum seorang daripadanya diserang histeria.

Di dalam kejadian mengerikan itu berlaku pada 19 Disember lalu iaitu pada malam terakhir keluarga terbabit menginap sebelum mereka mendaftar keluar pada keesokan hari.

Ceritanya bermula dari pada malam hari pertama mereka mendaftar masuk apabila seorang daripada mereka ada terdengar suara mengilai di bahagian dapur manakala di bahagian atas pula mereka kedengaran seperti orang berjalan.

Kisah itu dikuatkan lagi dengan satu klip rakaman video sempat dirakam oleh seorang ahli keluarga terbabit apabila kedengaran suara seperti orang tidur berdengkur kuat sementara lampu di dapur pula sekejap hidup sekejap dimatikan.Lihat vidoe

Malah, beberapa lagi rakaman video menunjukkan kelibat lembaga itu berada berdekatan pintu sebuah lagi pangsapuri sebelum hilang.

Menceritakan peristiwa itu, Siti Fatimah Mujahidin, 34, berkata, selepas beberapa minit kemudian, adik bongsunya Muhammad Yussuf, 20, mula mengalami gangguan selepas melihat lembaga itu di dapur.

” Cerita ini bukan rekaan kerana ia berlaku di depan mata kami, malah ada rakaman video menunjukkan lembaga itu berada di situ.”

” Berikutan itu, suami saya, Muhammad Salman Haidir, 32, telah melaungkan azan dan suara Yussuf bertukar garau. Kejadian bermula pada 4 pagi dan berakhir sejam setengah kemudian sebelum Yussuf kembali sedar,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Tidak cukup dengan itu, Muhammad Salman turut membaca beberapa ayat suci al-Quran, sekali gus meredakan gangguan dialami.

” Alhamdulillah dengan izin Allah keadaan kembali pulih. Pada 8 pagi, selepas mandi, kami menghubungi penjaga apartmen dan dia datang untuk membuat pemeriksaan.”

” Kami cerita apa yang berlaku padanya namun dia hanya terdiam dan meminta maaf,”jelasnya lagi.

Kisah dialami Siti Fatimah sekeluarga dikongsikan dalam Facebook miliknya hingga mendapat pelbagai komen daripada netizen.

Menerusi hantaran bertajuk ‘Peristiwa Diganggu Semasa Bercuti’, netizen memberi komen antaranya: ‘’Saya pernah menginap di apartmen itu, memang kawasan situ hot (panas)…jam 2.30 pagi, saya terlihat orang tanpa kepala.

“Moga kita semua dijauhi perkara tak diingini, perkongsian bagus dan wajib percaya benda itu wujud dan ada.”

Lihat Video yang dirakamkan itu:

Sumber:hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*