Wanitaa Nii Jelaskan Hubungannya Dengan Rashidi Ishak

SEKEPING foto yang dimuat baik pelakon Rashidi Ishak bersama seorang wanita di laman sosial miliknya malam Sabtu menjadi persoalan netizen sama ada aktor itu sudah mempunyai pengganti.

Rashidi yang baharu sembilan bulan bercerai dengan pelakon Vanidah Imran itu menulis di ruangan komen wanita yang dikenali sebagai Mishael Lee itu dengan menggunakan tanda pagar seolah-olah patah hati.

“#imhurtyoujustfriendzonedme (saya sakit anda ‘friendzone’ saya)” tulisnya.

Bagaimanapun, Rashidi memadam foto berkenaan selepas beberapa jam dimuat naik di laman instagramnya.

Pelakon filem BU yang dihubungi mStar enggan mengulas tentang hubungan itu.

Saya tidak mahu komen apa-apa,ini bermakna awak tidak akan dengar apa-apa daripada saya, ujarnya pada Ahad.

Sementara itu, wanita berkenaan turut memuat naik foto yang sama menjelaskan hubungannya dengan Rashidi hanya sekadar kawan.

Kepada pengikut saya, anda patut tahu saya dan Rashidi tidak dating. Kami baharu sahaja berjumpa dan saya jelaskan bahawa kami hanya kawan, ujarnya.

Rashidi bercerai dengan pelakon Vanidah Imran selepas 17 tahun mendirikan rumah tangga pada 2002.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikhail Imran, 18, dan Mariyam Rashika, yang berusia 15 tahun.

Fify Azmi bukan punca perpisahan, Rashidi tidak tutup pintu hati untuk Vanidah Imran

PELAKON Rashidi Ishak menjelaskan wanita bernama Fify Azmi dalam video iklan produk minyak wangi keluarannya bukanlah orang ketiga atau menjadi punca perpisahan dengan aktres Vanidah Imran.

Rashidi berkata, wanita yang juga peserta Dewi Ramaja 2014/2015 itu merupakan bekas pekerjanya dan model kepada iklan produk berkenaan.

Ramai yang serang dia di Instagram pagi ini (Khamis) dan saya minta maaf kepadanya kerana terkait dengan perkara ini.

Dia dulu pekerja saya ketika saya menjadi Ketua Pegawai Eksekutif sebuah stesen radio dan saya ambil dia menjadi model produk iklan minyak wangi keluaran saya.

Memandangkan untuk mengambil artis popular agak mahal, jadi saya tawarkan dia untuk berlakon dalam iklan tersebut, ujarnya.

Secara jujurnya saya melalui episod duka yang sangat menyakitkan kira-kira-kira 3 hingga empat bulan sehingga dapat menyesuaikannya.

Siapa yang tidak sayang 17 tahun perkahwinan, masa bercerai pun saya beritahu dia saya akan terus menyayanginya sehingga nafas terakhir walaupun sudah tidak bersama,” ujarnya.

Dalam pada itu, menjelaskan kenyataan bukan imam yang baik kepada Vanidah, Rashidi berkata, kegagalan mempertahankan rumah tangga adalah tanggungjawab suami.

Saya ada buat kajian bahawa perceraian dalam sesebuah keluarga terjadi kerana kegagalan suami menjadi seorang ketua keluarga, ujarnya.

Sementara itu, Rashidi mengakui dia tidak pernah menutup pintu hatinya untuk bekas isterinya itu.

Bagaimanapun, tumpuannya buat masa ini ialah untuk membina kerjaya seni semula

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @KakiHavoc untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

Sumber:MstarOnline /monyethijau